
Alya Fatini
1 نظر در 1 مکان
dari penang central jam 9.00 pagi ,tarikh 24/11/2019.servis yang sangat teruk.harap bas saja cantik.perjalanan dari butterworth ke klia 2 mengambil masa sampai 7 jam. bas bertolak 9.00 pagi.sampai klia 2 pukul 4 petang.gila ka apa. nasib plane malam.kalau plane petang,mampus terlepas.sepanjang ke klia , bas singgah kemunting dan taiping,bukan mengambil penumpang, tetapi mengambil barang kiriman dari warga asing.beg-beg kami semua ditolak untuk meletakkan barangan kiriman dari warga asing.adakah ini termasuk didalam servis bas berkenaan?????...begitu juga sewaktu menaiki bas berkenaan semasa pulang pada 29/11/2019 jam 6 petang bertolak dari klia 2.sampai penang central jam 2 pagi..macam mana perasaan anda..geram kan..driver macam nak save tol saja.masuk tol,keluar tol ikut jalan lama.selepas itu sampai taiping,kami diarahkan turun dan perlu menukar bas lain (starmart juga)untuk ke penang central.keseluruhan perkhidmatan bas tersebut amat buruk sekali..sepatutnya syarikat berkenaan perlu menjaga servis dan kualiti perkhidmatan dengan baik.kerana bas tersebut direct ke klia..kali ini saja kami menggunakan servis bas dari syarikat berkenaan.next time sorry laaa.....tiada bintang yang patut diberikan pada syarikat bas berkenaaan...