انجمن راهنمایان محلی

Solo Foodie

4 نظر در 1 مکان
Set Nasi Lemak Ayam lengkap dengan separuh telur rebus, kacang, ikan bilis dan timun hanya berharga RM5.50...

nasi lemak nie nak tau sedap bergantung kepada sambalnya... sememangnya sambal nasi lemak di sini memang sedap dan terbaik sangat... ada rasa manis-manis pedas... itulah rasa sambal yang bagus...

selain nasi lemak, ada juga dijual bakso asli Indonesia dan bihun sup...
Kuala Pulau Betong
2019 Sep 20
kalau masa sunset, panorama keadaan sekeliling amat menakjubkan, cantik... jauh dari bandar, nak mai tenangkan fikiran atau mancing ikan pun boleh..

tempat luas dan kawasan elok, tapi sini tak sesuai nak mandi manda sebab kawasan berselut.. nak mandi p naik atas skit kat Pantai Pasir Panjang
Medan Selera Sri Aman
2024 Jun 02
Medan selera yang majoritinya menjual makanan non-halal. Namun terdapat juga gerai yang menjual makanan halal tetapi gerainya di luar premis. Majoritinya menjual aneka menu masakan Indonesia. Melayu dan India Muslim masing-masing menjual menu burger & roti canai. Di dalam kompleks hanya ada empat gerai yang menjual makanan halal, itu pun juga hanya menyajikan menu makanan Indonesia. Minuman hanya di jual di gerai non-Muslim. Jika was-was, boleh sahaja beli air botol atau air tin.

Jika mahu dine in di sini mungkin boleh bagi orang Islam cuma kena fahamlah meja di dalam pernah dan digunakan untuk makanan non-halal. Jika anda yakin, maka silakan menjamu selera di sini.
PAPISZ
2023 Jun 25
Update : Kalau tak salah ini dah kali ketiga mereka berpindah tetapi masih dalam kawasan Masjid Daerah Barat Daya. Kini mereka telah beroperasi di dua lot kedai dalam Astaka Masjid Daerah Barat Daya, Balik Pulau.

Suasana di sini lebih secure, kalau hari hujan mahupun ribut tidaklah akan berlaku kejadian yang tidak diingini. Namun dining area di bahagian dalam boleh jadi agak panas walaupun ada kipas siling. Harap owner dapat menyediakan industrial standing fan supaya dapat menyejukkan sedikit suasana agar pelanggan dapat menjamu selera dengan selesa.

Berkenaan dengan rasa makanan. Saya order chicken chop. Chicken chop rangup, sedap & lembut tetapi fries masin. Kena cicah dengan gravy untuk mengurangkan rasa masin. Coleslaw is fresh, cold & crunchy. Overall ok sahaja. Berkaitan masa, chicken chop siap dihidangkan setelah 18 minit saya order dan duduk di meja. Bawah 25 minit, ok laa bagi saya.