انجمن راهنمایان محلی

M. A. Safwan

1 نظر در 1 مکان
Restoran luas dan selesa, terutamanya untuk datang makan sekeluarga.

Saya cuba Mandy Lamb dan Mandy Chicken, alhamdulillaah sedap. Lamb dimasak dengan baik, cukup lembut dan cukup rasa. Ayam juga sama.

Nasi memang guna beras panjang, bukan campuran.. Lembut dan gebu. Makan nasi saja pun dah sedap. Ada rasa smoky sikit, yang saya memang suka (tapi sesetengah orang tak minat kot-boleh try kabsah).

Yang rare sikit, jus kismis (raisin juice). Dia seumpama kismis, kekacang, madu, di blend sekaligus. Kemudian ada tabur lagi kekacang di atas (badam, gajus dll). Ada 1 layer di bawah macam ada minyak zaitun. Memang unik. Macam hybrid dessert/healthy smoothie. Perlu kacau betul2 sebelum minum.

Next time nak cuba avocado pula.

Ada juga 1 cafe dalam restoran, Kofika, bagi peminat freshly brewed coffee. Dessert seperti baklava juga ada dijual.

Dari sudut harga, suasana,
Servis, lokasi di tengah2 KL, dan portion makanan, range harga sederhana ke tinggi (bergantung pada menu yang dipilih). Overall berpatutan. Special occasion, reward, sangat sesuai tempat ni.

Nota : Lokasinya di tengah2 bandar KL yang sibuk, dan susur masuk ke parking kedai tak berapa jelas. Jadi kalau guna waze/google tu, dah nak sampai, sila slow down supaya tak terlepas simpang.

Akan repeat in shaa'Allaah. 👍